Sebagai seorang anak, adik dan kakak...
Maaf
Jika tinta ini jauh dari pandangan kamu
Kerana aku hanyalah manusia biasa
Tika Tuhan mendatang ujian
Dengan keadaan sukar dan jatuh
Siapakah yg kita harapkan untuk bertaut?
Semestinya DIA yang satu
Rintihan...
Keluhan...
Pastinya disuruh kita kembali pada DIA
Meminta padaNya agar kuat & tabah
Tetapi bagaimana pula secara fizikal dan mental yang perlukan kata-kata..
Jasad yang perlukan dorongan?
Iman yang perlukan panduan
Ke mana harus aku bawa?
Di mana aku letak percaya?
Lorong baik atau gelap?
Kerana asbab inilah,sang anak leka dibuai cinta dayus
mencari indah di luar
mencari jalan keluar yang kelam
Tandus harapan pada yang seharusnya
Seolah mereka tidak pernah ada baik
kerana sedikit kurang
dihina caci sang keluarga
direndah-rendah umpama busuk tidak bermaruah
Jika ada yang rosak
Apa kau tidak salah?
Jika ada yang menjauh
Apa kau ungkit lagi khilafnya?
Di mana harus berpaut...
Jika bukan kalian yg menyokong
Di mana harus impian dibina
Andai kalian menambak harapan
Mungkin bukan perlu ada disisi
Biar jauh...
baru dirindui...
Biar tiada...
Baru disesali...
Cukuplah sampai kini..
Lelah akhirnya
dan kata akhirku...
Bersabarlah...
Allah bersamamu...
No comments:
Post a Comment