Wednesday, March 5, 2014

Rezeki-Jodoh-Ajal



Semasa umur kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah menetapkan 4 perkara bagi kita;
  • rezeki (makanan, biasiswa, jodoh)
  • ajal maut (bila kita meninggal)
  • amalan (apa yang kita kerjakan)
  • akhir hidup (syurga atau neraka)
sumber: http://iniceritakita.wordpress.com/2012/01/14/antara-takdir-dan-tarbiyah/


tika bicara bersama sahabat
soal jodoh itu pasti ada
lalu mereka berkata, ringannya jodoh aku
terdiam. memikirkan apa harus ku jawab
Alhamdulillah jika itu rezeki. 
moga menjadi doa 
mendapat jodoh yg baik

sahabat...
kalaulah kau tahu
perit ranjau hidup ini
pasti tidak ingin kau jadi aku
pasti kau fikir kembali
sekali dua untuk bercinta
letakkan tepi
jangan bermain api
bukan kesilapan
naif.
ujian dan cabaran

Allah uji atas apa yang kau sampaikan
bila di tempat itu...
kelu...sakit...
jika dulu lidah hanya pandai berkata
nasihat yg lain
berkata tidak-tidak
tapi bila itu tempatmu?
apa kau kuat?
apa kau hebat?
masih sakit bukan???
berdarah torehan itu

lalu dari situ apa kau pelajari?
mendaki erti syukur
redha.
Tuhan beri ape kau mampu
sesalan itu jangan
tipu tidak letih
dusta tiada luka
peritnya masih mengalir jika ingat
langkahnya...berubah

jika hidup atas kenangan
takut itu ancaman
jika kamu di situ
bangkitlah
bina hidup ini
jika kamu hanya sekali
tapi aku dua
belajar.
Tuhan sayang kita

aku pelajari banyak
meski aku marah
meski aku sakit
pada tiap mereka
tapi lihatlah kalian...
hikmah itu indah
aku tahu kasihNya
ingin aku sedar
belajar dari tiap kejadian
kembali padanya
kembali.

doa itu senjata
Dia akan ada
tiap masa tidak kira kau siapa
asalkan kembali
bukan lari
teruskan berdoa
kerna sayang
pasti ada pelangi
kerna kasih 
hamba itu pasti diuji

saat Allah beri
senang dan gembira di hati
iman itu ujiannya
kekal ingat
atau terus alpa
erti syukur itu pasti 


Salam Sayang:

Sahabat










No comments:

Post a Comment