Saturday, January 25, 2014
Untuk sekali
beri aku peluang terus bicara
hanya saat...detik ini saja
bila punya masa
biar kau tahu ertinya
aku penat...
Penat dalam pura-pura
umum sedari itu
tapi hanya bisu
sampai bila?
sampai ada yg kecewa?
sampai ada yg tiada?
Untuk sekali
beri aku telus diri
kerana si khilaf itu aku
si aku yg tidak mampu
si aku yang tidak jitu
kerana ini tentang aku... dan aku...
Tidak kau erti hati ini
Tidak kau erti diri ini
ingin aku henti
ingin aku lari lalu pergi
cukup wayangan itu
lalu tinggal sang topeng
samar tidak singgah nan hati yg lain
Untuk sekali
izin aku jujur dengan rasa
bukan aku pinta segala-gala
bukan aku pinta kau tidak dia
bukan aku pinta kau turut aku
bukan pula aku minta kamu
cukup kau tahu
aku bukan aku
tidak dahulu
Jika agama aku taat
tapi erat aku jahat
jika amal aku bina
tapi sayang, tidak ku upaya
bukan benci aku cipta
hanya beda
hanya kerna aku tak sempurna
hanya kerna rasa lawannya
walau aku telah cuba
beri aku peluang terus bicara
aku penat...
sekadar boneka
maaf-khilaf-diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment