Thursday, December 5, 2013

Amaran dariNya


Tuhan itu tidak berniat meminggirkanmu...
malah kerna dia sayang...
lalu masih belum beri kebahagiaan itu
jika  yg lain berpasangan...
kamu juga terasa ingin begitu
namun mungkin kamu masih tak sedar
mengapa Allah memberi mereka...
bukan kamu

Pernahkah kamu tahu?
Pernahkah kamu lihat diri kembali
Sudah agungkah cintamu pada Ilahi?
Sudah kukuhkah taat dirimu padaNya?
kerana itu kamu masih jauh...
kerana itu kamu masih lalai dan leka...
kerana itu DIA, penciptamu masih memberi peluang
agar kamu sedar...
hakikat terciptanya dirimu
sebagai hamba...
hamba buat penciptanya...


Firman Allah, "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku." 
(Al-Zariyat: 56)

Firman Allah, "Aku cipta mati dan hidup untuk menguji dan mengetahui, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. (Al-Mulk : 2)


Andai kasih padaNya masih ampuh
Mampukah kamu membahagi cinta pada yang lain
sedangkan amaran sang Pencipta kamu abaikan...
sedangkan cinta padaNya kau kurangkan
sedangkan hari ini kamu masih menggapai
kelak pasti kau terus lalai
jauh dari Ilahi...jauh dariNya...
kerna hanyut...kerna leka...
pada ciptaan, bukan penciptaNya...


Salam Muhasabah
~Moga hati ini masih disirami IMAN, ditaburi baja nasihat serta mekar Akhlaknya~ InshaaAllah











No comments:

Post a Comment