
Seorang aku...
kian waktu berlalu...
kian waktu berlalu...
sendiri...
sepi...
menjauhi...
di suatu ruang
Seorang aku...
tidak betah bertemu hari ke hari
mengisi waktu sepi
dulu...kini
jelas begini...
Seorang aku...
yang mencari kedamaian...
di sebalik kekhilafan diri
yang mencari sisi diri seorang abdi
kepada Ilahi
Seorang aku...
mungkin kelihatan sombong dan angkuh
kerana berlari dan mendaki
teguh mengejar pelangi
tanpa ajakan pada yg sudi
di suatu lorong sepi
meniti waktu kian pergi dan pergi...
Seorang aku...
yang punya kelemahan
serta rasa penting diri
mungkin berbeza dari hakiki
tidak seperti yang engkau kenali
Andai dalamnya kau hampiri
andai jauhnya kau gapai
diri ini...
mungkin tidak seindah lagi...
biar bahagia itu kekal
biar ikatan itu mekar
tanpa kau sesali
Sahabat...datang dan pergi
sahabat...setia dan mengkhianati
Ukhwah itu indah
manis
membawa rahmat
melakar bahagia
mengukir gelak tawa & kenangan
Bukan aku nafikan kebaikan
bukan aku bencikan satu ikatan
kemesraan...
bukan begitu...bukan begini...dan bukan seperti yang difikirkan.....
namun semuanya...
mungkin menjadi
satu Alasan...
Bimbang itu hadir...
kerana aku pernah alami
andai...teganya aku menyakiti...
kerana tajamnya lidahmu berkata
mungkin gurauan
namun hati ini dihiris belati
Bimbang itu juga hadir...
Andai...akulah yg tersakiti
lalu terus berlalu
memisahkan
menjauhkan
membawa pergi diri ini
hanya kerana...kecilnya rasa hati...
Seorang aku...
selesa begini...
biar jauh, namun kasih masih di hati
biar tidak bertemu, namun tetap merindui
biar tidak ada disisi
namun masih menyayangi
justeru aku doakan untukmu
kebahagiaan...
juga mengharapkan
senyumanmu...
seindah mawar di taman
kalianlah pengubat duka
kalianlah yang mengukir bahagia
kalianlah penawar rasa
tatkala aku senyum
seribu yang tersimpan
tatkala aku diam
ada bicara yang terpendam
Seorang aku...
hanyalah insan
moga kuat dan tabah mengharungi ujian
kerana aku yakin
ujian itu
atas sesuatu
yang mampu dipikul hambaNya
Meski lorong ini sepi
kerana suatu pilihan
meski langkah ini pincang
kerana aku yg kurang
namun aku punya Tuhan
penuh kasih sayang
yang mendengar keluhan
serta resah
seorang hamba
alunan zikir menghampar ketenangan
bacaan kitabNya memberi pengajaran
In sha Allah
marilah mengejar redhaNya
-salam kemaafan ikhlas dari hati-
Kerana Bingkisan ini...
hanyalah dari Seorang aku...
yang tidak sempurna
serta masih memperbaiki diri
serta masih memperbaiki diri
Sharing with Love
- improving to be a good muslim, In shaa' Allah-
No comments:
Post a Comment