Sunday, February 24, 2013





alhamdulillah, syukur..hari ini masih bernafas dan berpeluang menikmati rahmat serta nikmat yg Allah kurniakan, betapa banyak tak ternilai satu2 dalam kehidupan.
tidak perlu berkata seribu kisah, cukup kalam2 ini memberi maksud
Insya'Allah semoga kita sama2 memperoleh hidayah serta tidak lari dari landasan Islam yang sepatutnya...aamminnn...

  • Kerinduan bumi Eire... sangat2 terasa melihat gambar2 sahabat-sahabat di sana...betapa tenang dan manisnya ukhwah, kembara ilmu serta ibrah yg dipelajari...umpama gedung ilmu...tidak ada siapa meminggirkan kehidupan Islam, malah diajak bersama-sama melaluinya...
  • Allahu... kadang-kala rasa resah dan penat dengan setiap perkara baru yang dilalui, mula bertatih memahami, hikmah disebaliknya... sesungguhnya redha itu perlu, mungkin ada sahabat2 yang kurang setuju atas pemikiran, atas apa yang saya lalui, atas tindakan yang diambil kerana membawa keburukan kepada diri, menyusahkan, memberatkan. Namun, saya yakin setiap yg berlaku pasti mengajar saya sesuatu. 
  • Mengingatkan pengajaran dari surah AlKahf- PUISI 2012, masih tidak dikongsi dengan sahabat, justeru ilmu itu kian luput dan terhakis... namun seorang sahabat kembali mengingatkan salah satu point penting yang perlu diambil:
Apabila kita bersabar, ketika mula mempelajari benda yang kita tak tahu, Allah akan tambahkan untuk kita lebih dari yang disangkakan. Seperti Nabi Musa dan Nabi Khidir
Insya Allah, peganglah keyakinan itu. Dan bersabarlah, bukan hanya kerana mahu mendapat faedah sabar tersebut, malah kerana sabar itu suatu ibadah. 

  • SubhanAllah, inilah kebaikan saling mengingatkan..sedang diri ini lupa... serta masih takut menghadapi ilmu2 baru, bahkan melarikan diri apabila tidak faham ilmu tersebut, sahabat hadir mengimbas kembali petikan2, perkongsian ustaz di majlis ilmu tersebut. Syukran... sgt2 terasa sedihnya ke atas diri kerana alpa.
  • Kerinduan buat adik2 di kolej, syukran atas kasih sayang kalian, maaf sangat2 kadangkala tidak berlaku adil, kurang berkomunikasi, kerana kadang2 xtahu nak sembang ape, tapi akak sayang korang. Bukan sengaja menyepikan diri, namun kadang2kala kelemahan diri ini malu nak ditonjolkan... sedangkan kalian memandang tinggi, percaya pada akak untuk nasihat dan semangat. adik2ku, diri ini juga manusia, xlari membuat pelbagai kesilapan. Jika sebelum ini akak menasihatkan tentang cinta dan perhubungan, namun hari ini akak melanggarnye. Tapi ketahuilah, akak membuat keputusan setelah berfikir serta bukan untuk "try & error" untuk bersuka2 memilih seorang lelaki kerana sahabat2 sudah berpunya, bukan kerana terdesak dengan umur dan cemburu melihat orang lain. Nasihat kepada kalian kerana kalian masih muda, kadangkala tersilap langkah mengikut pemikiran suka2. Bukan bererti semua tindakan akak betul, ketahuilah niat akak terhadap perhubungan ini ke arah baitul muslim, mengenali seorang hamba Allah yang secara serius mengajak untuk membina masjid. Benar, tujuan sekarang belajar, tapi salahkah jika perkara ini sesuatu yang baik, bakal menghadkan hati2 akak, tindakan akak dari lelaki2 lain. Kerana dari situ, akak mulai menjaga, batas serta niat. Kita hanya merancang, namun kuasa doa itu sangat besar...sama2 kita doakan yang terbaik. Saat akak tidak pernah terfikir sesuatu seperti ini, mengapa tiba2 hati ini terbuka untuk menerimanya sedangkan kalian tahu, bagaimana akak dengan isu jodoh dan lelaki. Yang selama ini cuba dielakkan bila orang bercakap serius, yang selama ini akak rasa bersalah melakukannya, berhubung dengan lelaki tanpa pengetahuan ibu bapa, yang akak tidak mahu memikirkannya lagi. Namun Allah tahu segala-galanya. Kerana diturunkan sesuatu kepada hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka. Doakan yang terbaik, bukan meminta kalian asyik hanyut dengan cinta, namun fikirlah setiap baik dan buruknya. Kerana diri kita yang mencorak, kelak tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. 
  • Adik2ku, pengajian disini agak berat..kadang2 akak xmampu.Risaunya xmampu pulang dengan kejayaan yang diharapkan. Andai itu terjadi, akak minta maaf kerana lalai dan tidak bersungguh. Banyak hati yg perlu dijaga, malah kadangkala tidak faham dengan diri sendiri yang hilang semangat untuk bangkit, meneruskan perjuangan yang selama ini berkobar2 menegakkan taraf kita sebagai pelajar kolej biasa2, untuk buktikan kami juga mampu melangkah jauh meski bermula dari tempat yang biasa serta tidak dibanggakan. Sesungguhnya diri ini mohon kekuatan, doa serta rahmat illahi... agar terus teguh dengan impian yang dibawa, cekal dengan cabaran serta memelihara iman agar menjadi lebih baik dari semalam. Ya Allah, berilah kami hidayah atas setiap sesuatu yang kami lalui, agar kami tidak terleka dengan kebahagian sementara ini...aamminnn...

~ MOGA KITA SAMA-SAMA KUAT, INSYA'ALLAH ~



Salam Sayang Dari Jauh
- Bristol ,United Kindom -





No comments:

Post a Comment