Saturday, August 27, 2011

Bundle of Thought....

بسم الله الرحمن الرحيم

i - Ramadhan da berlalu...
assalamualaikum..lame xupdate...sedar xsedar da smpi pengakhiran ramadhan.Raya da nak tiba.da siap smua bnda? baju raya?kasut raya?huhu...xde ape yg beza sgtla..cuma bulan puasa ni, amalan tu btmbh...tp xla byk sgt.. =( alhamdulillah solat trawih dpt buat. 2 hari je tgl akibat kmlsn thap apela..isk3 jgn tiru yek... (>.<) hmm...aritu ade wat ulasan buku (book review) 1 novel ni...igt nk post kt wall 1 blog persatuan... tp sedey (-_-) kalau xsudi pn bgtau la...ni punya tgu..punya tgu..xde pn..xdpt kgsi ilmu dgn kwn2...humm..xpela, mgkin itu bkn yg tbaik untuk dikgsi...diberi peluang...jom kita kongsi ramai2!!!
(ramai ke......?) hehe.. (^_^)

ii - Contengan Jalanan - Contengan Pengalaman Perjalanan Cari Tuhan
Hasil Karya : Hlovate

Detik yang berlalu tanpa kita sedari, telah bermulanya fasa ketiga dalam bulan yang penuh barakah ini Ramadhan Al Karim .Di saat-saat kita melalui fasa terakhir ini, marilah kita sama-sama renungkan,adakah kita semua sudah berjaya memenuhinya dengan pelbagai amalan serta pengisian yang berguna bagi menambahkan iman dan takwa dari hari ke hari. Justeru, ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat serta adik-adik mengenai sebuah novel hasil karya Hlovate terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd pada Mei 2011. Mungkin ada yang terkejut atau tidak memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang pada awalnya. Namun, percayalah setiap bait tulisan yang disampaikan mengandungi manfaat serta peringatan buat diri kita bersama,menjadi lebih baik dari semalam.Novel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  • I – Fend
  • II – K² ( Ksquare)
Contengan Jalanan memberi sedikit kelainan kepada pembaca dari segi pemahaman serta pengajaran yang disampaikan.Berkisarkan tentang Fend yang mahu mencari erti hidup, mencari ‘Affendy’ dan cerita kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza. Disebalik pencarian itu, Fend dan sepupunya Chad turut mengenali erti sebuah Ramadhan yang pasti dirindui di bumi asing Sydney, Australia.

I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna serta muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

"The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th"
( I – Fend: ms126 )

Kata-kata ini dipetik dari sebuah video bertajuk "The 11th Hour" yang dihasilkan oleh Sami Haque bersama sahabatnya Hasan Shaikh. Video ini telah memberi kesan yang mendalam serta mendapat sambutan dari komuniti mereka. Contengan Jalanan mencoret pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia kerana mahu mencari erti hidup yang sebenar. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. Perjalanan di bumi Australia bersama sepupunya Chad (Arsyad) secara 'backpacking' membuka mata Fend dari prinsipnya yang dahulu. Bagaimana Ramadhan yang seharusnya dipenuhi. Juga betapa kita lupa cara yang sebenar untuk kita hayatinya.

"Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya.Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya."

"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan berbuka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia." (Akmal)
( I – Fend: ms161-162 )

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman iaitu Chad.

Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend yang merindui suasana di sana dirasakan hanya sebuah percutian. Tiada erti yang diperoleh. Tiada hati yang tersentuh. Tiada perubahan yang dilakukan.

"Hati kau bukan aku yang pegang." (Fend)
( I – Fend: ms160)

Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. Dia memahaminya. Memahami mengapa Fend berubah, dan apa yang perlu dalam hidup seorang insan bergelar hamba pada yang Esa.

"Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu."
(Al-Hadiid : 9)

iii - Speechless
Kenapa sy speechless???hahaha...kerana ini melibatkan hati dan perasaan..=) huhu..jgn tkjut..jgn fikir mcm2...sy tidak ape-ape..masih shat..hepy wif life..family,kwn2 n adik2 hostel yg dirindui..dun worry k. somebody ask me, why can't be him? I'm not taking soo....long time to reply..coz my heart belongs to someone there....yeah..betol ke??entahlaa...Ya..milik Allah. Allah memelihara hati ini sekian lama.namun diusik juga..diuji...hanya yg tabah sje dpt mhadapinya dgn tenang. kadang2 sy tidak kuat. my answer for the quest, ak sng kwn dgn ko...lgpn..there's someone..sapekah itu?speechless lg..hurmm...dlm byk2 org yg sy knl..he's the only...sbb tu ble kne gosip2 liar ngn org lain..mn nk kesah..haila..bkn sbb ssh nk lupa...mgkin xde yg sbaik itu, stakat ni..menerima seadanya.byk bsabar...walopn kami xserasi sgt, ade gado2 xspendapat..dia ttp yg terbaik..the reason why we're being apart coz...Apabila dua org,choose to leave..for goodness...memperbaiki dri, menambah ilmu serta mencapai matlamat dlm hdup...ke arah yg lebih baik..Insya'Allah...jika ada jdoh, masih bersama...kami still kwn..kwn yg baik...selesa begini..xde libatkan hard feeling..xde nk gaduh2..skit hti..syukur Alhamdulillah...nikmat bersahabat itu lbih baik dr hubungan yg dilarang.

Aku menolak jodoh itu...
Bukan kerana kesombongan ku...
Bukan kerana harta serta pangkat...
Bukan kerana siapa dirimu...
Namun kerana...
Bukan itu matlamatku
Buat masa ini...
Biarlah amanah itu kupegang
tika diriku bersedia
tika diri ini berjaya
di hati ibu dan ayah
adik2...
serta diri ini sendiri...
Maafkanku...andai ini adalah luka~


"Ya Allah, peliharalah hati2 kami, nafsu kami serta perbuatan kami..agar tidak melampaui batas yg Engkau tetapkan." Aminnn...





No comments:

Post a Comment