Tuesday, May 4, 2010

Sungguh Aku tak Mengerti

Bila mana orang tak memahami kita, dan mahu kita memahaminya…

Ya Allah mengapa ada badai di dalamnya

Sungguh aku takut

Tersalah bicara…

Terkasar perbuatan…

Terkhilaf memilih…

Atau ini bukan yang sebenarnya untukku…

Hanya kau hadiahkan buat seketika…

Andai duka itu panjang kemudian hari…

Beri aku ketabahan, Ya Allah…

Biar aku kuat… Bukan mawar yang lemah…

Sungguh aku tak mampu…

Andai dugaan itu terlalu berat

Andai Ujian itu bertimpa-timpa

Andai Kau murka kerana kelalaianku….

Ya Allah..ku mohon ampun….

Sungguh aku insan yang rapuh imannya

Berilah aku hidayahMu, Ya Allah…

Aku mohon….. Ya Rabb

No comments:

Post a Comment